Senja hidup Augusto Pinochet

Pinochet kembali ke Chile pada 6 Mac 2000, sambil ketibaannya disambut oleh para penyokongnya dan disiarkan di televisyen.[16][17][18] Presiden Ricardo Lagos menganggap layanan tersebut mencemarkan imej Chile, manakala ribuan warga Chile membuat protes jalanan membantah ketibaan Pinochet.[19]

Kematian

Beliau menghidap sakit jantung pada 3 Disember 2006, dan beliau dibawa ke unit penjagaan rapi Hospital Tentera Chile seminggu kemudian pada jam 13:30 waktu tempatan.[20] Augusto meninggal dunia akibat serangan jantung dan sembap paru-paru[21] dikelilingi keluarga rapatnya pada pukul 14:15 waktu tempatan (17:15 GMT).[22] Ramai yang menyerbu jalanan serata Chile bersorak meraikan kematiannya sebaik sahaja berita tersebut diumumkan, terutamanya di Persiaran Alameda, ibukota Santiago.[23]

Pemerintah Chile bersepakat agar beliau tidak diberikan pengebumian negara sepertimana Presiden-Presiden terdahulu, tetapi mengikut adat tentera memandangkan beliau dipilih secara rasmi oleh Presiden Allende. Mayatnya dibakar di Tanah Perkuburan Parque del Mar, Concón pada 12 Disember 2006 agar "mengelakkan makamnya tidak dirosakkan," menurut Marco Antonio Pinochet, anak lelakinya.[24]

Rujukan

WikiPedia: Augusto Pinochet http://www.cbc.ca/news/world/story/2006/12/12/pino... http://www.cambio21.cl/cambio21/site/artic/2012062... http://lahoradelpueblo.blogspot.com/2006/12/august... http://www.emol.com/noticias/nacional/detalle/deta... http://www.plenglish.com/article.asp?ID=%7B1D9E983... http://www.slate.com/articles/news_and_politics/ex... http://pinochet-biography.excathedra.dk http://www.elmundo.es/elmundo/2006/12/10/internaci... http://lccn.loc.gov/2008015654 http://lcweb2.loc.gov/frd/cs/cltoc.html